DEFINISI
ALAM SEKITAR
Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara
semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar
meliputi beberapa komponen utama, iaitu :
(I) Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan
manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta
fenomena semula jadi yang berlaku.
(II) Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR
Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam
sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan
nyaman. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, aktiviti-aktiviti
pembangunan negara sedikit sebanyak akan menjejaskan alam sekitar di negara
kita jika tidak dijaga dengan baik. Antara kepentingan alam sekitar ialah:
- Kesihatan manusia terjamin
- Tarikan pelancong asing
- Membekalkan udara yang segar
- Menstabilkan ekosistem
- Memelihara habitat hidupan darat dan air
- Mengelakkan kepupusan
PUNCA KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR
Kemusnahan alam sekitar diakibatkan oleh pelbagai pihak. Sektor perindustrian dan sektor pertanian yang merupakan sektor terpenting di negara kita turut menyumbang dalam kemusnahan alam sekitar. Selain itu, punca-punca lain ialah:
- Penggunaan baja kimia dan secara berlebihan
- Penebangan pokok-pokok secara berleluasa
- Pembakaran terbuka
- Pembebasan gas-gas seperti gas karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur oksida, hidrokarbon dan lain-lain.
- Pembuangan sisa-sisa bahan toksik
KESAN KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR
Antara kesannya adalah seperti berikut :
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
Langkah ketiga, organisasi-organisasi seperti sekolah, komuniti setempat, kelab remaja dan syarikat boleh menyumbang kepada kebersihan alam sekitar. Guru-guru sekolah harus menanamkan sikap prihatin kepada alam sekitar kepada murid-murid melalui Pendidikan Moral di sekolah serta mengadakan pertandingan antara kelas bagi kelas yang paling bersih agar murid-murid mempunyai sifat tanggungjawab terhadap alam sekitar. Komuniti setempat pula boleh mangadakan pertandingan antara lorong, kedai makan dan kawasan kejiranan yang terbersih. Kelab remaja boleh mengadakan himpunan untuk mengumpul surat khabar dari rumah ke rumah dan juga memungut sampah di tepi pantai sambil beriadah. Syarikat harus mempunyai sikap tanggungjawab dalam pembuangan sampah.
Langkah keempat, adalah kita sebagai individu memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang harus diamalkan adalah menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan semula ( reuse), menggunakan barang-barang yang dibuat dari barang-barang yang diproses semula ( recycle) dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak diperlukan (reduce). Sikap-sikap sebegini dapat mengurangkan pencemaran pada alam sekitar. Tidak lupa, sikap kesedaran pada diri sendiri harus ada untuk mengelakkan dari dunia terus dicemar.
Alam sekitar yang sedang mengalami kemusnahan telah membawa banyak kemudaratan
kepada manusia dan hidupan tidak kira hidupan di darat ataupun di air.
Antara kesannya adalah seperti berikut :
- Pencemaran udara dan jerebu
- Fenomena hujan asid
- Pencemaran bau
- Pencemaran air
- Kemusnahan hidupan akuatik
- Peningkatan suhu sekitar / pemanasan setempat
- Keracunan
- Hakisan tanah dan banjir
- Kesihatan terjejas
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
Teknologi yang semakin canggih telah menghasilkan pelbagai produk menyebabkan
semakin banyak berlakunya pencemaran. Secara tidak langsung, alam sekitar
menjadi mangsa; baik di udara, laut ataupun di darat. Langkah-langkah haruslah
diambil untuk 'membersihkan' alam sekitar daripada pencemaran. Langkah-langkah
ini dibahagikan kepada empat tahap iaitu :
- Peringkat Antarabangsa
- Pihak Kerajaan
- Organisasi
- Individu.
Di
peringkat antarabangsa, pertubuhan-pertubuhan seperti WHO (Pertubuhan
Kesihatan Sedunia) dan Greenpeace telah ditubuhkan. Kedua pertubuhan ini
bertindak sebagai pengawas pencemaran. WHO memainkan peranan penting dalam
mengawal pencemaran dan berhak menetapkan peraturan mengenai alam sekitar.
Greenpeace pula memberi maklumat kepada orang ramai mengenai pencemaran yang
terjadi di dunia dan menunjuk perasaan jika berlaku sesuatau pencemaran alam.
Langkah yang kedua iaitu, pihak kerajaan, misalnya Kerajaan Malaysia, telah
mengadakan pelbagai undang-undang dan langkah untuk meningkatkan lagi mutu alam
sekitar. Undang-undang seperti sesiapa yang membuang sampah merata-rata akan
dikenakan denda dan dikehendaki membersihkan kawasan dengan diawasi oleh pegawai
yang bertugas. Industri-industri yang membuang sampah atau kimia
sewenang-wenangnya akan disaman.
Langkah ketiga, organisasi-organisasi seperti sekolah, komuniti setempat, kelab remaja dan syarikat boleh menyumbang kepada kebersihan alam sekitar. Guru-guru sekolah harus menanamkan sikap prihatin kepada alam sekitar kepada murid-murid melalui Pendidikan Moral di sekolah serta mengadakan pertandingan antara kelas bagi kelas yang paling bersih agar murid-murid mempunyai sifat tanggungjawab terhadap alam sekitar. Komuniti setempat pula boleh mangadakan pertandingan antara lorong, kedai makan dan kawasan kejiranan yang terbersih. Kelab remaja boleh mengadakan himpunan untuk mengumpul surat khabar dari rumah ke rumah dan juga memungut sampah di tepi pantai sambil beriadah. Syarikat harus mempunyai sikap tanggungjawab dalam pembuangan sampah.
Langkah keempat, adalah kita sebagai individu memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang harus diamalkan adalah menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan semula ( reuse), menggunakan barang-barang yang dibuat dari barang-barang yang diproses semula ( recycle) dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak diperlukan (reduce). Sikap-sikap sebegini dapat mengurangkan pencemaran pada alam sekitar. Tidak lupa, sikap kesedaran pada diri sendiri harus ada untuk mengelakkan dari dunia terus dicemar.
KESIMPULAN
Selagi minda masyarakat tidak berubah, selagi itu masalah
seperti pemanasan global , pencemaran sungai , perbalakan dan sebagainya tidak
akan dapat diatasi. Oleh itu , kesedaran masyarakat untuk mengurangkan
berlakunya masalah yang akan mengancam nyawa dan kehidupan kita adalah amat
penting. Menghargai , memulihara dan memelihara alam sekitar merupakan
tanggungjawab kita. Kita semua hidup dalam satu bumi dan langgit yang sama ,
kita hendaklah sama berusaha untuk membina satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti
, bersih , segar dan cantik dengan bermula menghargai dan memulihara alam
sekitar.
"Menghargai bumi dan mengubatinya, janganlah mencederakannya lagi. Jangan membuat bumi nangis lagi"
The 11 Best Casinos in Las Vegas - Mapyro
ReplyDeleteThe 11 Best Casinos in Las Vegas · 거제 출장마사지 1. 안성 출장샵 Wynn Las Vegas · 거제 출장마사지 2. Caesars Palace Las Vegas 의정부 출장샵 · 3. Treasure Island Resort and 창원 출장샵 Casino · 4. Royal Vegas Casino